Wednesday, February 16, 2011

siapa betul, siapa salah ?

salam,

     kisah ini bermula daripada seorang sahabatku (si gadis) dengan kawannya (si lelaki) dalam FB. pada awal perkenalan semuanya tiada masalah. sikap si gadis seorang yang sangat periang dan sukakan keriangan manakala si lelaki pula seorang yang agak misteri dan perahsia. si lelaki sentiasa bertanyakan mengenai hal kegemaran si gadis. memikirkan mengenai persahabatan si gadis akan menjawab semua pertanyaan si lelaki kecuali hal yang terlalu peribadi. si lelaki mengetahui bahawa si gadis sudah berpunya namun menaruh perasaan yang tinggi terhadap si gadis. hari demi hari mereka mnjadi lebih rapat waluapun tak pernah bersua muka. 
     pada suatu hari, si lelaki telah meluahkan perasaannya kepada si gadis dengan mengharapkan jawapan yang menggembirakan. namun, apa yang diharapkan hancur apabila si gadis telah menolak cintanya. si gadis juga tidak menyangka bahawa si lelaki menganggap perhubungan yang terjalin selama ini adalah sebagai perkasihan yang lebih dari persahabatan. untuk tidak membiarkan si lelaki memaksa dan terus mengharap, si gadis mengambil keputusan untuk berterus terang dan memperbetulkan salah faham yang berlaku antara mereka. setelah mengetahui hal yang sebenarnya, si lelaki dengan perasaan yang sangat kecewa tidak dapat menerima hakikat tersebut. si lelaki tersebut berkata kepada si gadis bahawa dia cemburukan si gadis yang sangat setia terhadap hubunagnnya. lalu si gadis menerangkan yang dia bercinta dan berkasih bukan untuk curang serta berpura-pura, dari hati si gadis menyatakan yang dia tetap dengan keputusan yang tidak semudahnya untuk jatuh hati terhadap lelaki lain tambahan pula lelaki yang baru dikenalinya dan tak pernah bersua muka. 
     pada hari berikutnya, si lelaki tetap tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oeh si gadis. si lelaki tanpa segan silu terus menyapa si gadis di laman FB. si gadis membalas sapaan si lelaki dengan mengharapkan si lelaki tidak lagi berbicara mengenai hal sebelumnya. namun harapan untuk melupakannya peristiwa semalam semakin kabur apabila si lelaki seolah-olah menyerang hendap perasaannya. si gadis semakin serba salah dan xmungkin dia akan dapat lari dari perkara tersebut. dengan perasaan yang berbaur, si lelaki dengan berani dan tanpa memikirkan perasaan si gadis terus memaksa si gadis untuk menerimanya dan memutuskan hubungan dengan kekasihnya. dengan perasaan marah yang cuba dikawal, si gadis yang masih waras fikiran bertanyakan si lelaki....

'ape sbnarnya yg wt awk jdi smpai mcm nie?'

si lelaki menjawab... 'sikap awk, cra awk lyn sy..sy xrsa mcm sorg kwn tpi lbih dri semua tu'

'sy xsngka smpai mcm 2 skali awk terpesong dgn cra sy..sy xpnh nk melebih2 dgn awk, ape yg awk nmpk tntg sy bkn untuk pikat hti awk tpi untk brkwn tak lbih dri itu..knp smpai mcm nie skali awk slh fhm dgn sy..sy xCINTAkan awk mna mngkin utk sy trima awk..cba la awk fhm hti sy jgk jgn nk ikutkan rsa hti awk jew..klau awk xpksa hti awk skekan sy sume bnda nie xkn jdi kn?? sy mnx maaf klau cra sy lyn awk wt kn awk mnghrap smpai mcm nie..sy xbrmksud ape2'

tanpa memintak maaf dengan sewajarnya, si lelaki hanya membalas OK. si gadis menamatkan perbualan mereka tanpa menanti perbualan seterusnya. namun, si gadis mengharapkan si lelaki tidak akan lagi mengganggu hidupnya. seandainya si lelaki tersebut menyapanya lagi diharap tidak akan timbul lagi soal hati dan perasaan dan yang ada hanya soal persahabatan. 

dari cerita di atas apakah yang disimpulkan sebagai pengajaran untuk kedua-dua pihak...???

4 comments:

  1. so..si lelaki masih bhubung ngan si gadis tak..?ley wat novel nieeee..bila fb berbicara..hehehhe

    ReplyDelete
  2. utk pihak gadis : everything has a limit..u can be nice to others,,but dont be over nice...u sniri bleh rasa u just biasa2 or terlebih biasa...or maybe u just flirting around =P
    utk pihak laki : u cam nak test power je...hohoh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...