Saturday, February 26, 2011

jatuh "cinta" dengan........~

salam,

     dalam beberapa hari yang lepas aku sedang dilamun cinta dan hari nie aku baru jatuh "cinta" dengan ------.namun, aku hanya terpaksa men"cintai" dia. nak kata 'dia' istimewa sangat tak pun tapi sebab aku boleh jatuh "cinta" pun sebab aku wajib "cinta"kan 'dia'. 'dia' cakap kat aku yang aku takkan boleh lari dari 'dia' kalau aku tak penuhi semua permintaan wajib 'dia'. bila aku nak lari memang aku dapat lari tapi aku mesti akan kembali semula kat 'dia'. walaupun 'dia' sangat setia kat aku tapi aku tak pernah setia kat 'dia' sebab aku tak suka kat 'dia', banyak sangat kerenah yang aku tak tahan dengan 'dia'. kesetiaan 'dia' buat aku derita sepanjang hari start dari hari aku kenal dia sampai sekarang (27.2.2011). sepanjang perkenalan aku dengan 'dia', tak pernah 'dia' jaga hati dan perasaan aku. bila aku fikir balik rasa macam nak nangis pun ada jugak tpi aku tetap bertahan sebab aku menanti hari keramat dan masa yang sesuai untuk memutuskan hubungan dengan 'dia'. aku dah tetapkan tarikh untuk menyatakan keputusan aku tapi makin dekat dengan tarikh tersebut aku rasa semakin sakit hati dengan 'dia'. 


     semakin lama aku nak permudahkan segala masalah dengan 'dia' semakin bertambah masalah yang ada. hampir saja aku nk lenyek 'dia' sepuas hati aku, tapi kalau aku buat macam tu nanti aku akan cari 'dia' balik. akibat terlalu tertekan dengan 'dia', aku sering tak pedulikan dia. tapi macam yang aku cakap la, aku akan kembali semula kat 'dia'. yang terharunya 'dia' tetap setia menanti aku dengan sabar. dalam diam2 aku telah menduakan 'dia'. namun, yang sebenarnya 'dia' adalah yang kedua dalam hidup aku sebab tu la aku selalu tinggalkan 'dia'..hahahaha! langsung aku tak pernah rasa serba salah sebab aku tau 'dia' akan setia dengan aku walaupun aku tinggalkan 'dia' sekali pun untuk selama-lamanya. 


     tarikh yang aku nanti2 kan dah dekat, bila aku tengok 'dia' tiap2 aku rasa macam tak ada perasaan dah. dalam setia 'dia' semakin aku diseksa, sakit hati aku....adeh! lepas pada tarikh tersebut aku dah tak nak tengok 'dia' lagi dah. biarlah 'dia' setia sekali pun tapi aku dah tak boleh terima 'dia' dah. aku yakin lepas dengan keputusan ku. pergilah kau wahai JURNAL, maafkan aku kerana tidak setia pada mu walau kau telah buktikan kesetiaan mu. namun, aku tak dpat nak terima sebab aku sayang kat orang lain...hahahaha~


p/s : kepada pembaca, jgn slh fhm ek..terutama kpd 'si dia'...hehehe  cume nak penuhi           masa terluang jew...sayonara~

3 comments:

  1. tahniah di atas rasa cinta anda tu...:)

    ReplyDelete
  2. hahaaha..memg nk ucap tahniah :)
    ska la bla cikna ada rasa cinta .. huhu jgn lupa cinta pada - Nya jgak taw :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...