Sunday, February 20, 2011

antara manusia & syaitan...!

Salam,

     Korang pernah dengar tak kisah tentang dengan 'spirit of coin'? setahu aku benda ni orang2 barat sangat percaya. Kalau tak silap la dorang gelarkan sebagai 'coin's of blood' di mana dorang akan gunakan darah sebagai perantaraan dengan iblis untuk berinteraksi atau untuk bertanyakan sesuatu dengan menitiskan darah tersebut ke atas 'coin' yang dorang gunakan. Ayat2 pemujaan akan dibaca dan sekiranya pemujaan tersebut berjaya diseru maka 'coin' tersebut akan bergerak diatas kertas atau papan khas yang mempunyai huruf atau tulisan tertentu selepas pemain bertanyakan apa jua soalan. untuk menamatkan permainan tersebut, pemain yang "mendermakan" darah tadi perlu melakukan sesuatu dengan meludah ke kiri supaya pemain tersebut tidak diganggu sepanjang hidupnya (dari apa yang aku tahu jew la). ada 1 cerita yang pernah berlaku di kampung aku, senang cakap abang aku lah calonnya yang sesuai. cerita sebenarnya berlaku sewaktu aku sekolah rendah darjah berapa aku tak ingat. :

     sebabkan bosan asyik lepak kat rumah, si abang aku ni terus angkat kaki pergi rumah kawan merangkap sepupu aku jugak. kononnya nak keluar sekejap je la, last2 sampai dah azan maghrib tak balik2 lagi. bila dah tok bilal habis azan baru dia jumpa jalan balik, adoi...mahu tak angin bapak aku tunggu anak "tersayang" dia balik. masa si abang aku ni naik atas rumah aku dah perasaan muka dia agak lain macam sikit tpi aku tak peduli sangat sebab abang aku ni memang suka buat gila dengan aku sampai aku pown tak tahan rasa macam nak kapak je kepala dia (padan muka). tapi yang peliknya, 'lain macam' dia melarat sampai dia gitau kat aku nak keluar lagi lepas maghrib (bapak aku xtau langsung). yang bestnya tak tau pulak pukul berapa abang aku balik malam tu.
     keesokan harinya, awal pagi aku dah keluar ke rumah kawan baik aku bertemankan eza (sepupu). aku lepak sampai tengah hari baru sedar kena balik. tak sempat aku nak pakai selipar, tiba2 ayah aku sampai dengan muka serius dia panggil aku balik. nasib baik rumah aku dekat je, sewaktu aku jalan balik aku rasa tak sedap hati apa yang aku fikir mungkin berkaitan dengan abang aku. sesampai je kt rumah..pergh! memang kalah tok nujum, apa yang aku fikir tu betul2 berlaku. aku dengar suara bising2, bila aku sampai kat atas aku tengok tok lang & atok aku ngah berusaha pulihkan abang aku yang dah macam orang kat pusat bahagia. aku ambil tempat kat hujung kepala abang aku tengok je la ape yang berlaku. masa tok lang aku picitkan sebijik lada hitam kat leher abang aku terus dia menjerit. time tu jugak ayah aku bertanyakan apa sebenarnya penyebab mahkluk Allah tu masuk dalam badan abang aku.
     mahkluk tersebut ceritakan bahawa abang aku dah kacau tempat 'dia', mula2 abang aku n de geng buat bising. kemudian, abang aku dengan selamba biawak menggunakan ayat pemujaan 'spirit of coin'. mahkluk tu cakap yang dia nak masuk dalam badan kawan abang aku tapi tak boleh sebab badan budak tu kuat. disebabkan badan abang aku tengah lemah sebab bru lega demam, terus dia hinggap kat abang aku. tapi yang bestnya pasal mahkluk ni, 'dia' siap boleh speaking depan kitorang baris2 ayat pemujaan tersebut. lepas 'dia' terangkan apa yang berlaku, terus 'dia' minta izin nak balik rumah dia yang hanya 50 km dari rumah aku. sebelum tok lang aku lepaskan 'dia', ayah aku awal2 lagi dah warning kat 'dia' jangan ganggu abang & aku sampai bila2. tapi yang tak boleh blah, ayah aku siap tanya lagi kenal tak dengan dengan aku..dengan selamba mahkluk tu sebut nama aku, waaaaaaa...dah macam perkenalan pula, yang aku pula boleh duk sengeh kat 'dia'..adoi tragis ziler. lepas tu 'dia' pun ucap sayonara kat kitorang.
     lepas abang aku dah OK, ayah aku terus 'sembur' dia macam2 soalan ayah aku tanya. akhirnya abang aku mengaku memang betul apa yang mahkluk Allah tu cerita. yang buatkan aku cering, abang aku cakap ada 6 ekor pengikut mahkluk Allah tu duk tunggu sambil senyum sengeh kat dia. patut la aku tengok abang aku asyik duk tunjuk kat atas syiling rumah aku. bila aku tengok tak ada apa pun. abang aku cakap lagi yang dia hanya main2 je sebut ayat pemujaan tu tak sangka bleh jadi sampai macam ni.

dari apa yang aku tahu, syaitan iblis ni sangat berpegang pada janji manusia dan akan menuntut selagi janji tersebut tidak ditunaikan. sekiranya mereka diseru walaupun dengan hanya untuk suka2, mahkluk ini akan menganggap bahawa manusia tersebut ingin bersahabat dengannya. lepas daripada kejadian tu, abang aku selalu juga kena kacau dengan mahkluk dari kampung lain pula disebabkan badan dia selalu lemah. Alhamdulillah, aku setakat ni tak pernah kena macam abang aku melainkan gangguan kecil sahaja. 

p/s : kalau aku ada tersilap tentang info yang paling atas tu n ade yang pernah terbaca pasal 'spirit' ni, diharap korang betulkanlah salah aku. biasa la kdg2 apa yang dibaca pun bleh error juga...hehehe~ 

arigatto!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...